BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

Jangan jadi macam aku.

Sebenarnya x perlu pun buat post ni...dah masuk form 5 penyesalan banyak terdetik memikirkan betapa bodohnya aku dulu xbelajar betul2(rasenye mmg mcm xbelajar)..Kalau la ada alat doraemon yang boleh pergi masa silam tu wujud 'guaranteee' aku pakai ..Sepatutnya,form 4 bukanlah tempoh 'honeymoon' istilah ni memang xboleh pakai...jadamnya,aku yg mati mengulang balik pelajaran sepatutnya aku dah kuasai masa form 4 dulu..Moralnya,jangan jadi macam aku huhu..ujian pertama bermula xkurang 1 mggu lagi,berharap sangat adalah peningkatan..amin.

Sunday, February 14, 2010

Himpunan fakta.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
tidur.

Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.

Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
anda. /font

Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
Zealand.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
18.5 meter persegi.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.